Aktiviti Sempena Kemerdekaan 2020

10 September 2020 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Jerlun telah mengadakan tayangan video pendek tentang pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun 1957. Tujuan tayangan video ini dijalankan terutamanya kepada pelajar-pelajar sekolah adalah untuk memupuk dan menyemarakkan semangat patriotism di dalam jiwa pelajar-pelajar sekolah.

Selain itu, Pusat Internet Jerlun juga mengadakan pertandingan quiz dan teka silang kata berkaitan sejarah Tanah Melayu. Pertandingan ini disertai oleh 5 orang pelajar sekolah menengah. Program ini dapat mencabar minda para peserta dalam menyelesaikan masalah melalui silang kata yang diberikan.

Setiap aktiviti ini bermula dari jam 3.30 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang. Diharapkan program seperti ini dapat menaikkan rasa cintakan negara dan semangat dalam diri setiap peserta.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali